Peranan Dr Mahathir Mohamad Pemberontakan_di_Thailand_Selatan

Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditemui oleh beberapa wakil dari selatan Thailand di pulau Langkawi sejak 2005. Sejak itu, beberapa siri rundingan telah diadakan . Nasihat dan pelan damai telah diberi pandangan oleh Dr Mahathir Mohamad yang arif tentang selok belok politik di selatan Thailand. Dr Mahathir mengambil langkah berani itu kerana hanya beliau tokoh dipercayai oleh penduduk selatan Thailand.

Pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir menjadi pengarah eksekutifnya. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Putrajaya.

PGPO bertindak sebagai orang tengah sejak Oktober 2005 bagi merundingkan pelan damai di selatan Thailand. Bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur bagi mendapatkan idea, pandangan dan perspektif Malaysia menangani Krisis selatan Thailand.

Atas pelawaan Anand, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menemui Raja Bhumibol Adulyadej di Bangkok , Thailand . Baginda merestui peranan Tun Dr Mahathir sebagai pengantara dan merupakan tokoh yang berwibawa yang mewakili pemimpin Islam sederhana.

Anand Panyarachun merupakan pengerusi National Reconciliation Council (NRC) yang dilantik oleh Perdana Menteri Thaksin Shinawatra ketika itu. Tujuanny mencari kaedah terbaik mendamaikan kawasan majoriti Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani itu.

Antara draf pelan damai ialah menggugurkan tuntutan kemerdekaan, dengan balasnya mereka diberikan pengampunan, pembangunan ekonomi yang lebih baik, lebih banyak dana dan penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Kerajaan Thailand pula mahukan gencatan senjata dan meminta kumpulan pemisah di wilayah terbabit menyerahkan senjata mereka bagi menamatkan kejadian tembak dan pengeboman yang sering berlaku Yala, Narathiwat dan Pattani itu.

Wajar memisahkan ketiga-tiga wilayah itu daripada Thailand dengan mengambil kira latar belakang sejarah.

Pihak keselamatan di selatan Thailand berusaha menemui tokoh besar berkarisma yang dapat mempengaruhi kumpulan militan di selatan Thailand. Antara tokoh ini ialah Sapae-ing Bazo, bekas guru besar Thamma Witthaya Islamic School di Yala dan Masae Useng. Mereka dari Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Rujukan

WikiPedia: Pemberontakan_di_Thailand_Selatan http://en.ce.cn/World/Asia-Pacific/200609/08/t2006... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://ap.google.com/article/ALeqM5jBLB6KQVGZ6z7gv... http://www.janes.com/news/security/countryrisk/jia... http://www.msnbc.msn.com/id/19238117/ http://nationmultimedia.com/2006/11/21/headlines/h... http://nationmultimedia.com/2006/11/22/headlines/h... http://www.nationmultimedia.com/breakingnews/read.... http://web.archive.org/web/20080325040540/http://a... http://web.archive.org/web/20090418003338/http://w...